012-34567890

Tentang Kami

Badan Induk

YB. DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH BIN ALI HASSAN

Pengerusi

YBHG. DATO SRI HAJI MOHD NARODEN BIN HAJI MAJAIS

Timbalan Pengerusi & Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi & Pelaburan

YBHG. DATU HAJI ABDUL RAZAK BIN MOHD TREADY

Setiausaha & Pengerusi Jawatankuasa Perundangan

TUAN HAJI KUSHAIRI BIN JOHAN

Bendahari

YBHG. DATUK HAJI WAHAB BIN ABDUL AZIZ

Pengerusi Jawatankuasa Budaya & Kesenian

YB. DATU HAJI LEN TALIF SALLEH

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi & Pelaburan

YB. DATUK DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL

Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan

YB DATO SRI HAJI JULAIHI BIN HAJI NARAWI

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan

YB. DATUK HAJAH ROSEY BINTI HAJI YUNUS

Pengerusi Jawatankuasa Wanita & Keluarga

YB. DATUK HAJAH SHARIFAH HASIDAH BINTI SAYEED AMAN GHAZALI

Pengerusi Jawatankuasa Politik

YBHG. DATUK DR. HAJI WAHBI BIN HAJI JUNAIDI

Pengerusi Jawatankuasa Agama

Visi

Menjadi pembela keunggulan bangsa Melayu di Sarawak.​

Misi

Bertekad mencemerlangkan bangsa Melayu di Sarawak di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, agama, pendidikan dan seni budaya.

Semasa ditubuhkan pada tahun 1994 badan ini dinamakan Yayasan Budaya Melayu Sarawak(YBMS) dan pada tahun 2003 telah didaftarkan semula menjadi Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS).

Ilham untuk menubuhkan sebuah organisasi baharu untuk masyarakat Melayu Sarawak telah tercetus semasa Seminar Budaya Melayu II pada tahun 1993 dalam rangka Simposium Budaya Sarawak II anjuran Kerajaan Negeri Sarawak. Para peserta seminar tersebut yang terdiri daripada pemimpin politik, kakitangan kerajaan, sarjana, guru dan ketua masyarakat dari semua Bahagian berpendapat perbalahan politik yang masih hangat ketika itu memerlukan wadah baharu untuk memupuk semula ukhuwah yang telah tergugat itu.

Sehubungan itu para peserta telah bersetuju sebulat suara meluluskan satu resolusi untuk menubuhkan sebuah Yayasan Budaya Melayu (YBMS) serta dengan kutipan derma kilat untuk tabung kewangan sebagai tanda semangat yang berkobar-kobar para peserta seminar.

Resolusi tersebut telah dimajukan kepada pihak Kerajaan Negeri Sarawak dan telah mendapat persetujuan dan galakan yang diharapkan. Lanjutan daripada itu sebuah jawatankuasa telah dibentuk di kalangan pemimpin politik, penjawat awam, intelektual, ahli ekonomi dan budayawan untuk menggubal wawasan dan tujuan YBMS.

Pada 19 Mac 1994 YAB Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud telah melancarkan YBMS di Dewan Bahasa dan Pustaka dengan penuh adat istiadat Melayu. Kerajaan Negeri, firma-firma dan orang perseorangan pihak telah menghulurkan sumbangan kewangan dan berjaya mengumpul hampir RM2 juta pada malam yang bersejarah itu.

Berita Semasa

MAJLIS GRADUASI GIATMARA MALAYSIA KALI KE-39 ZON SARAWAK BERLANGSUNG DI WISMA MELAYU SARAWAK

Tarikh : 2026-10-20

ARTIS BADAN SENI AKYBMS DI PENTAS KESENIAN KUCHING WATERFRONT FESTIVAL 2026

Tarikh : 2026-10-30

MINI KARNIVAL BANK RAKYAT 2026

Tarikh : 2026-10-30